Hari Jalinan Mesra Tingkatan 1, 2 dan 4 Sesi 2018


Sukacita dimaklumkan bahawa pihak SMIH akan mengadakan Hari Jalinan Mesra bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2,  dan 4 sesi 2018. Butir-butir lanjut berhubung majlis tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh: Khamis, 22 November 2018
Masa: 8.30 pagi – 1.00 petang
Tempat: Kelas-kelas Tingkatan 1, 2 dan 3

Pihak SMIH sangat berharap agar para ibu bapa dapat meluangkan masa untuk menjayakan majlis ini. Semoga dengan kehadiran anda akan dapat meningkatkan lagi kerjasama di antara kedua-dua belah pihak demi keberkesanan pendidikan anak-anak kita.

Bagi ibu bapa yang masih mempunyai tunggakan yuran, besarlah harapan pihak SMIH agar anda dapat menjelaskannya di Pejabat Am sekolah.

Bagi ibu bapa yang tidak dapat hadir pada masa yang dijadualkan, boleh berjumpa dengan guru-guru berkenaan pada masa-masa lain dengan membuat temujanji terlebih dahulu.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda