Malam Badar 2017

 Setiap tahun Sekolah Islam Hidayah akan menganjurkan majlis berbuka puasa beramai-ramai. Ia lebih dikenali dengan nama Malam Badar bersempena dengan peristiwa Perang Badar di zaman Rasulullah.

Penganjuran Malam Badar mengajak kita semua menghayati elemen pengorbanan.  Jika di zaman Rasulullah melibatkan pengorbanan harta dan nyawa, kini Hidayah mengajak semua menghayati pengorbanan harta. Melalui Malam Badar, kutipan derma akan dibuat untuk membiayai kos pembangunan fizikal sekolah seperti bangunan.

Malam Badar 2017 akan diadakan di dua tempat berbeza. Sekolah Rendah Islam Hidayah Batu Pahat (SRIH BP) akan menganjurkan Malam Badar 2017 pada 16 Jun 2017 (Jumaat) bertempat di SRIH BP, Kg Olak Batu, Parit Raja, Batu Pahat.

Sekolah Islam Hidayah Johor Bahru akan menganjurkan Malam Badar 2017 pada 17 Jun 2017 (Sabtu) di Dataran Amanah, SRIH JB.

Sumbangan Dana juga boleh dibuat secara online di link berikut:

bit.ly/malambadar2017

 

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda