Peraturan Larangan Membawa Alat Permainan Fidget Spinner ke Sekolah

Pihak sekolah ingin memberi penegasan bahawa pelajar TIDAK DIBENARKAN membawa alat permainan ‘fidget spinner’ ke sekolah. Permainan ini didapati boleh mendatangkan bahaya kepada diri pemain dan murid lain jika terlepas daripada jari semasa dipusingkan. Tindakan tegas akan diambil kepada pelajar yang melanggar arahan ini. Tindakan pencegahan merupakan langkah terbaik sebelum berlakunya kejadian tidak diingini.
Pemberitahuan Cuti Sekolah Sempena Hari Raya Aidilfitri 2017

Pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa cuti sekolah sempena Hari Raya Aidilfitri adalah bermula pada 22 Jun 2017 (Khamis) sehingga 1 Julai 2017 (Sabtu). Sekolah akan dibuka semula pada 2 Julai 2017 (Ahad).
Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1438H

Selamat menyambut bulan Ramadan kepada semua warga Hidayah! Jadikan Ramadan tahun ini lebih baik dari tahun lepas dan semoga Allah menerima semua amalan kita. Ameen.