Kumpulan Nasyid SMIH, Najahan Menang Tempat ke-3 di Pertandingan Gema Nasyid Sempena Festival Layang-Layang Sedunia 2017

Najahan, iaitu kumpulan nasyid SMIH, telah memenangi tempat ketiga dalam Pertandingan Gema Nasyid sempena Festival Layang-layang Sedunia di Pasir Gudang pada 23 Februari 2017.

Pertandingan ini julung-julung kali diadakan oleh penganjur festival.

Pertandingan ini dilaksanakan dalam dua peringkat iaitu peringkat saringan dan acara akhir.

Terdapat enam kumpulan yang bertanding dalam acara akhir malam tadi.

Pasukan Najahan yang telah bertanding semalam terdiri daripada enam vokalis dan tiga perkussionis, yang juga merupakan pelajar tingkatan dua hingga tingkatan lima.

Mereka telah diuruskan oleh Ustazah Muhaini Mahusin dan dibantu oleh Ustaz Hafiz Nazar dan Ustaz Fikri Abdul Rahman.

Najahan sedang membuat persembahan
Majlis penyampaian hadiah

Kongsikan Kiriman Ini

Share on facebook
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on twitter

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda