Kenaikan Yuran Persekolahan 2017

img_6915-1024x768-800x598
Pihak sekolah sentiasa menghargai sokongan dan sumbangan anda terhadap sekolah. Kecemerlangan anak-anak dalam pelbagai aspek telah melonjakkan Hidayah ke peringkat nasional dan internasional. Kegemilangan yang dikecapi Hidayah dan kejayaan anak-anak ini adalah hasil pengorbanan dan kerjasama anda.

Pihak sekolah sentiasa ingin memastikan sekolah ditadbir urus dengan baik, walau bagaimanapun Hidayah tidak terlepas dari berdepan dengan cabaran kewangan. Peningkatan kos operasi perlu ditampung melalui sedikit peningkatan yuran.

Sehubungan dengan itu kadar baru Yuran Persekolahan tersebut bermula Januari 2017 adalah seperti berikut.

Bagi ibu bapa yang masih mempunyai tunggakan yuran hendaklah menjelaskannya sebelum pendaftaran sesi 2017. Pendaftaran sesi 2017 hanya diterima sekiranya tiada tunggakan yuran.

Pihak sekolah memahami kesulitan yang dihadapi oleh anda dan keputusan yang sukar ini terpaksa dibuat demi masa depan anak-anak serta kebajikan guru-guru dan kakitangan sekolah kita. Semoga pengorbanan ini sebagai jihad kita dalam pendidikan anak-anak dan kita berdoa agar dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah sebagai saham kita untuk hari kemudian nanti.

Sekian, jazakumullahu khairan kathira dan terima kasih.

MOHD JELANI BIN RAMLY
Ketua Eksekutif
Pusat Pendidikan Hidayah Bhd

—————————————————————————————————

Yuran Pengajian SRIH 2017  (nota: yuran baru/naik adalah yang digelapkan/bold)

Jenis Yuran                                 Warganegara Warga Luar
Pengajian RM4,800 setahun (RM400 sebulan) RM5,220 setahun (RM435 sebulan)

 

Yuran SRIH 2017 (nota: yuran baru/naik adalah yang digelapkan/bold – rujuk BIL 1.ii,iii; 2.i)

BIL  JENIS YURAN W/Negara Bukan W/N
1. Yuran Persekolahan :
i. Kurikulum – Tahun 1 ~ 5 518 708
Kurikulum – Tahun 6 768 1008
ii. Pendaftaran – Pelajar Baru Sahaja 224 224
iii. Kemasukan – Pelajar Baru Sahaja 550 1100
iv. Kokurikulum – Tahun 4 ~ 6 50 80
2. Yuran Lain :
i. PIBG – Sekeluarga 55 55
NOTA :
Pelajar bukan warganegara perlu sentiasa membayar Yuran Pengajian tiga(3) bulan lebih awal.

—————————————————————————————————

Yuran Pengajian SMIH 2017 (nota: yuran baru/naik adalah yang digelapkan/bold)

Jenis Yuran                                 Warganegara Warga Luar
Pengajian RM5,640 setahun (RM470 sebulan) RM6,300 setahun (RM525 sebulan)

 

Yuran SMIH 2017 (nota: yuran baru/naik adalah yang digelapkan/bold– rujuk BIL 1.i,ii,iii; 3.i)

 Bil JENIS YURAN W/Negara Bukan W/N
1 Yuran Persekolahan :
 i. Kurikulum – Tingkatan 1 & 2 928 1278
Kurikulum – Tingkatan 3 1048 1398
Kurikulum – Tingkatan 4 1128 1548
Kurikulum – Tingkatan 5 1083 1408
ii Pendaftaran – Dari SRIH 275 440
Pendaftaran – Bukan Dari SRIH 385 440
iii. Kemasukan – Pelajar Baru 550 1100
Kemasukan – Pelajar Lama Dari SMIH (Tingkatan 4) 385 880
iv. KoKurikulum  – pelajar lama 90 150
KoKurikulum  – pelajar baru 106 170
2. Yuran Asrama :
i Bulanan – Jan ~ Nov 360 500
Bulanan  – Dis 200 300
 ii Pendaftaran – Banat  (Perempuan) 130 300
Pendaftaran – Banin  (Lelaki) 250 420
3. Yuran Lain :
i. PIBG – Sekeluarga 55 55
NOTA :
1.      Pelajar bukan warganegara  perlu sentiasa membayar Yuran Pengajian tiga(3) bulan lebih awal.

2.      ASRAMA : Semua pelajar tidak dikenakan bayaran deposit mulai 2017 tetapi perlu sentiasa membayar Yuran Bulanan tiga(3) bulan lebih awal.

   

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda