Rumah Kuning Juara Sukan SMIH 2016

Pada 13 Februari 2016, Temasya Sukan SMIH kali ke-21 telah diadakan di Stadium UTM. Acara larian banat bermula jam 8 pagi sehingga 10 pagi.

Kemudian acara perbarisan rumah sukan telah berlangsung.

Sukan SMIH 2016 telah dirasmikan oleh En. Mohammad Syafiq Hassan, Pegawai Belia dan Sukan Majlis Sukan Negeri Johor. Sejurus selepas itu, acara larian banin pula dijalankan sehingga jam 12 tengah hari.

Juara Keseluruhan Sukan SMIH 2016 dianugerahkan kepada Rumah Kuning iaitu Ja’far At-Tayyari. Ini merupakan kejuaraan mereka kali ke-4 sejak Sukan SMIH kali Pertama pada tahun 1996. Kali terakhir mereka digelar Juara Keseluruhan adalah pada tahun 2011. Tahniah diucapkan kepada Rumah Kuning.

Kedudukan Akhir Sukan SMIH 2016:
1. Ja’far At-Tayyari (Kuning)
2. Salahuddin Al-Ayubi (Merah)
3. Salman Al-Farisi (Hijau)
4. Abu Ayub Al-Ansari (Biru)

Beberapa keputusan lain adalah seperti berikut:
Juara Sukantara Banin: Rumah Biru (Abu Ayub Al-Ansari)
Juara Sukantara Banat: Rumah Hijau (Salman Al-Farisi)
Juara Sukantara Keseluruhan: Rumah Merah (Salahuddin Al-Ayubi)
Juara Sukan Banin: Rumah Kuning (Ja’far At-Tayyari)
Juara Sukan Banat: Rumah Hijau (Salman Al-Farisi)
Johan Sorakan Terbaik: Rumah Merah (Salahuddin Al-Ayubi)
Johan Perbarisan: Rumah Hijau (Salman Al-Farisi)

 

Kongsikan Kiriman Ini

Share on facebook
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on twitter

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda