Program I’tikaf SMIH 2016

Program I’tikaf Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) 2016 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 29 – 30 Jun 2016
Masa: 3.30 ptg (Rabu) – 6.30 pg (Khamis)
Tempat: Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn
Yuran: RM10.00

Pelajar dikehendaki membuat pembayaran yuran untuk makanan, tempat penginapan dan pengangkutan selewat-lewatnya pada 27 Jun 2016. Bagi pelajar yang hadir tetapi tidak bayar untuk makanan, sila bawa makanan sendiri.

Selain itu, pelajar juga diminta membawa pakaian secukupnya, ubat peribadi, Al-Quran, tikar dan sleeping bag sendiri.

Sila hubungi En. Omar Danial di 019 7772536 untuk sebarang pertanyaan.

Objektif program:
1. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara i’tikaf mengikut sunnah Nabi SAW.
2. Merebut peluang Lailatul Qadar.
3. Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan ibadah pada 10 malam terakhir Ramadan.

Kongsikan Kiriman Ini

Share on facebook
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on twitter

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda