Dana Pembangunan Sekolah Islam Hidayah
Satu tabung khas untuk pembangunan fizikal sekolah telah diwujudkan dengan nama DANA HIDAYAH. Kesemua derma akan disalurkan ke dalam tabung ini. Perbelanjaan pembangunan fizikal akan menggunakan dana dari tabung ini. Jika anda ingin menyumbang untuk pembangunan fizikal Sekolah Islam Hidayah, sila masukkan sumbangan anda ke akaun bank yang tersenarai di bawah atas nama:
Wang Riba’ Kami juga menerima sumbang wang riba’. Ia boleh digunakan untuk urusan perbelanjaan landscape, perparitan, pembaikan jalan dan beberapa projek prasarana yang tidak melibatkan urusan pembelajaran secara langsung. Sila maklumkan kami jika anda membuat pembayaran terus ke dalam bank.
|
Bangunan pejabat (kiri) dan bangunan pembelajaran SMIH. Bangunan 4 tingkat ini menempatkan bilik guru dan bilik pembelajaran SRIH. Mula digunakan pada tahun 2002. Bangunan 3 tingkat menempatkan Surau Lelaki (bawah), Surau Perempuan (tengah) dan Dewan Serbaguna (atas). Mula digunakan pada tahun 2007. Bangunan 4 tingkat SRIH (kanan) dan 3 tingkat SMIH (tengah) dilihat dari pintu belakang. |