Kerja Kursus Pentaksiran Ting. 3 (PT3) 2016


Adalah dimaklumkan bahawa Kerja Kursus Sejarah telah diwajibkan kepada calon yang menduduki PT3 sebagaimana yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Hasil Kerja Kursus Sejarah ini akan dinilai dan markahnya akan dihantar kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Sehubungan itu, pelajar-pelajar ini akan membuat kerja lapangan (luar waktu persekolahan) dan penulisan (dalam kelas) dari tarikh 19 Jun hingga 1 Julai 2016. Hasil kerja yang lengkap hendaklah diserahkan kepada guru mata pelajaran sebelum 1 Julai 2016.

Justeru itu, pihak sekolah memohon kerjasama ibu bapa untuk memastikan anak anda hadir ke sekolah dalam tempoh tersebut. Sejajar dengan itu, pihak sekolah berharap agar ibu bapa dapat memberi kerjasama dan membantu para pelajar dalam menjalankan kerja kursus ini.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda