Tuan-tuan dan puan-puan dipersilakan hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan ( MAT ) ke-14 PIBG SMIH seperti butiran di atas.
Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
1. Ucapan alu-aluan
2. Perlantikan pengerusi dan pencatat MAT
3. Pembentangan laporan tahunan dan kewangan
4. Pembubaran AJK PIBG SMIH sesi 2010/2011
5. Perlantikan jawatankuasa baru PIBG sesi 2011/2012
6. Pembentangan usul dan cadangan
7. Ucapan penangguhan pengerusi baru
Surat rasmi berhubung perkara ini ( bertarikh 12 Jun 2011 ) diedarkan menerusi anak-anak dan jagaan masing-masing yang mengandungi maklumat seperti yang tertera di sini, berserta lampiran borang usul.
Sebarang usul dan cadangan yang ditulis bolehlah dihantar kepada pihak PIBG selewat-lewatnya hari Jumaat ( 1 Julai 2011 ) melalui pejabat SMIH ( u/p : Ustazah Norizah ).
Kehadiran tuan-tuan sangat diharapkan dan ia pastinya memberikan sumbangan kepada kesinambungan pendidikan anak-anak kita insyaAllah.
Sekian, terima kasih.
Wassalam