KEPUTUSAN SPM 2010 ( SMIH )

23 March 2011

 

 

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, Keputusan SPM 2010 akan dikeluarkan pada 23 Mac 2011. Sehubungan dengan itu, ibu bapa & penjaga dipersilakan mengambil slip keputusan peperiksaan tersebut bersama-sama anak jagaan masing-masing seperti maklumat berikut :

Masa : 11.00 am hingga 1.00 pm.

Tempat : Dewan Khandak, SMIH

Etika Berpakaian Pelajar :
BANIN :
1) Hanya t-shirt berkolar atau baju kemeja yang kemas dibenarkan.
2) Seluar yang dibenarkan hanyalah jenis slack, manakala pemakaian jeans adalah dilarang.
3) Berambut pendek dan kemas.
4) Berkasut yang kemas sesuai dengan perawakan seorang pelajar.
BANAT :
1) Berbaju kurung atau jubah yang sesuai.
2) Bertudung labuh menuruti syariat.
3) Berkasut yang kemas sesuai dengan perawakan seorang pelajar.
“SEMOGA USAHA, IKHTIAR, TAWAKAL DAN DOA KITA ALLAH KABULKAN DENGAN ANUGERAH KECEMERLANGAN YANG DI LUAR DARI JANGKAAN KITA.  SESUNGGUHNYA APA YANG DATANG DARI ALLAH ITU PASTI ADA HIKMAH YANG TIDAK TERJANGKAU DEK AKAL. HANYA KITA SEBAGAI MANUSIA YANG PERLU SEDAR DAN BIJAK MENGKAJI SETIAP KEJADIAN SEBAGAI PEDOMAN DALAM MELADENI PERJALANAN HIDUP SEBAGAI MANUSIA YANG CUKUP PANJANG MENCAKUPI DUNIA HINGGA KE AKHIRAT”
SMIH/PIS/2011/2203/07
MAMJ

 

 

 

Kongsikan dan Sebarkan