SUMBANGAN IHTIFAL KE – 15

9 March 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru akan mengadakan Hari Ihtifal 2011.

Tujuan program ini adalah untuk menyampaikan anugerah kecemerlangan akademik, sahsiah dan penghargaan kepada pelajar yang telah memberikan sumbangan kepada sekolah.

Semua sumbangan yang berbentuk wang perlu dialamatkan kepada Bahagian Sumbangan Hari Ihtifal ( U. P : PN. ZANARIA SELAMAT) atau jika menggunakan cek, sila tulis atas nama Sekolah Menengah Islam Hidayah – 3 ( ditulis di bahagian belakang cek “ Hari Ihtifal 2011” ). Pihak tuan / puan juga boleh menghubungi talian 019-7672962 untuk maklumat lanjut.

“Perumpamaan ( nafkah yang dikeluarkan oleh ) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, seratus biji. Allah melipatgandakan ( ganjaran ) bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha ( kurniaNya ) lagi Maha Mengetahui.”

 

Kongsikan dan Sebarkan