Emerging Debating Powerhouse

 

Seorang bapa pelajar yang mengikuti majlis perasmian IIUM Inter-school Debating Championship 2010 di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak telah membuat komen berikut: 

Kemenangan tahun sudah dan tahun ini telah meletakkan SMIH di hadapan dalam bidang debat sebagaimana ungkapan Dato’ Saifuddin, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dalam ucapan perasmiannya, “Sekolah Menengah Islam Hidayah is the emerging debating powerhouse….”. SMIH merupakan sekolah tunggal yang disebut dalam ucapan perasmian tersebut.

 SMIH baru-baru ini telah menjadi johan perdebatan Bahasa Arab dalam IIUM Inter-school Debating Championship 2010, mengalahkan KISAS. KISAS (dahulunya KIK) adalah antara sekolah kluster berasrama penuh yang telah sekian lama terkenal di arena perdebatan.  Pada IIUM Inter-school Debating Championship 2009 tahun lepas SMIH telah menjadi juara dalam perdebatan Bahasa Melayu dan naib juara dalam perdebatan Bahasa Inggeris.  Dato’ Saifuddin, telah merasmikan majlis perdebatan 2009 dan 2010 tersebut. Di zaman persekolahannya, beliau adalah pendebat bahasa Melayu MCKK yang berjaya menjadi juara perdebatan Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri

Kongsikan Kiriman Ini

Share on facebook
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on twitter

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda