Projek Pembinaan Wakaf FAB UTM

4 March 2009

Pelajar jurusan Arkitek, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia (FAB UTM) akan membuat projek membina 4 wakaf (pondok rehat) pada semester 1, sesi 2009/2010.

Ia dijangka dilaksanakan pada bulan September 2009.

Pihak FAB UTM telah menawarkan projek wakaf tersebut kepada Sekolah Islam Hidayah.

Kosnya ialah RM 6000.00 untuk dua biji wakaf.  Namun pihak sekolah tidak mempunyai peruntukan sumber kewangan untuk menampung kos tersebut.

Tuan puan adalah dipelawa untuk sama-sma membiayai kos pembinaan wakaf tersebut.

Pada tahun 2002 pihak FAB UTM telah mendermakan 2 buah wakaf yang seumpanya kepada sekolah (gambar kiri).  Wakaf tersebut dibiayaai sepenuh oleh kakitangan FAB UTM.

PEMBIAYAAN

Pihak sekolah membuka peluang kepada ibu bapa untuk sama-sama berjariah menjayakan projek ini.  

Bukanlah nilai yang menjadi ukuran tetapi semangat kebersamaan membangunkan sekolah Islam itu yang menjadi keutamaan.

Untuk membuat derma, anda boleh terus menghubungi pihak sekolah untuk urusan penyerahan derma tersebut.

 

Kongsikan dan Sebarkan