Alhamdulillah, pasukan memanah Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) sekali lagi mengharumkan nama sekolah di pentas pertandingan apabila menyertai BP Heritage 30 Metre International Archery Challenge 3.0 yang berlangsung pada 14 hingga 17 Ogos 2025 bertempat di IPG Batu Pahat.
Dalam kategori Pusingan Kelayakan (QR), Muhammad Zharif Rifqy berjaya meraih tempat ketiga, Muhammad Adam Ikhwan di tempat kelima, manakala Muaz Mohd Nor menduduki tempat keenam.
Manakala dalam Pusingan Penyingkiran (ER), atlet SMIH mengekalkan prestasi cemerlang :
1.Muhammad Adam Ikhwan -JOHAN 2. Muhammad Zharif Rifqy- KETIGA
Kejayaan ini adalah bukti kesungguhan, disiplin, dan keazaman para atlet dalam mengangkat nama sekolah di persada sukan, selari dengan motto “Da’wah Through Sport”.
Firman Allah SWT:
“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan segala kekuatan yang kamu sanggupi…”
(Surah al-Anfal: 60)
Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua atlet serta penghargaan kepada guru pengiring, Ustaz Ezaidin dan Ustaz Amin, yang sentiasa memberikan bimbingan, sokongan moral dan strategi terbaik sepanjang kejohanan.
SMIH terus komited melahirkan generasi yang bukan sahaja hebat dalam akademik, malah unggul dalam sukan, menjadikan setiap medan sebagai ruang untuk berdakwah dan mengangkat syiar Islam.


z

