Yuran Pengajian 2009

0
532

 

Rujukan Kami: LPH 10.3/09 (01)                                                      2 Februari 2009

Ibubapa Sekolah Menengah dan Rendah Islam Hidayah

Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Tuan/Puan,

YURAN PENGAJIAN 2009

Semuga tuan/puan berada di dalam keadaan iman yang sejahtera sentiasa, diberkati hidup ini dan dimurahi rezeki agar kehidupan ini dapat berjalan dengan selesa.

Pihak sekolah mengucapkan jazakumullahu khairan kathira dan ribuan terima kasih di atas sokongan tuan/puan yang berterusan terhadap sekolah ini walaupun dalam keadaan kenaikan yuran yang agak tinggi pada pertengahan tahun lepas.  Keputusan tuan/puan untuk terus bersama kami dalam menjayakan pendidikan holistik ini, bersabar di atas kenaikan yuran tersebut serta terus gigih berusaha mencari rezeki yang halal untuk membayar yuran agar tidak tertunggak, amat kami hargai. Dengan komitmen yang telah ditunjukkan oleh pihak tuan/puan, sekolah telah boleh bertahan sehingga kini dan kita masih boleh mengekalkan kadar yuran yang jauh lebih rendah berbanding dengan yuran sekolah swasta lain yang yuran minimanya ialah RM7,000.00 setahun seperti yang ditakrifkan oleh JPS (Jabatan Pendidikan Swasta, Kementerian Pelajaran Malaysia).  Alhamdulillah kaedah ini mengekalkan kita sebagai sekolah yang  tidak berasaskan keuntungan.

Seperti yang tuan/puan maklumi, pada tahun 2009 dunia pada umumnya akan menghadapi kemelesetan ekonomi.  Di Malaysia, sebahagian sektor telah pun merasai bahang ini secara langsung manakala sebahagian yang lain akan terkena kesan kemelesetan ini secara tidak langsung.  Dengan penuh perihatin akan keadaan ini, pihak pengurusan sekolah telah membuat keputusan untuk menangguhkan kenaikan yuran pada tahun 2009.

Walaupun telah dimaklumkan sebelum ini dalam surat bertarikh 12 Februari 2008 bahawa pada tahun 2009 dan seterusnya yuran mungkin akan dinaikkan dengan kadar RM20 hingga RM25 setahun, pihak pengurusan sekolah menangguhkan perlaksanan keputusan itu untuk tahun 2009.  Pihak pengurusan sekolah akan cuba menyerap dan mengendalikan kenaikan kos, terutama gaji, dengan mengurangkan aktiviti dan perbelanjaan pengurusan.  Diharapkan pihak tuan/puan mengambil kesempatan ini untuk TIDAK menangguhkan pembayaran yuran pengajian dan menyelesaikan yuran tertunggak, jika ada.

Untuk tahun 2009 yuran pengajian adalah seperti berikut:

Yuran Pengajian

SRIH

SMIH

2009

RM2,880 setahun

RM3,600.00 setahun

Nota: Kadar di atas adalah untuk pelajar tempatan sahaja.

Untuk memudahkan urusan pihak tuan/puan membayar yuran terus ke akaun bank sekolah, pihak pengurusan sekolah telah menambah akaun seperti yang tertera di Lampiran 1. Pihak pengurusan sekolah juga memberi diskaun yang berpatutan untuk pembayaran awal seperti yang tertera di Lampiran 2.

Semoga Allah mempermudahkan urusan kita dan pihak sekolah berharap tuan puan sentiasa  bersama memahami  dan menyokong falsafah, misi dan visi sekolah ke arah melahirkan generasi rabbani.

Sekian untuk makluman dan perhatian tuan puan.

Yang menjalankan amanah

 

PROF DR HJ NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI  P.C.M

Pengerusi Lembaga Pengelola Hidayah

SHARE
Previous articlePeta Lokasi
Next articleSyarat Kemasukan SRIH