Ustazah Norimah Berjawatan Baru

 

Ustazah Norimah Abd Karim telah meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Pengetua Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH).  Lanjutan dari itu 

juga beliau dilantik menjadi Mudirah di Maahad Tahfiz Al-Akhyar (MTA), Johor Bahru. Beliau akan memulakan tugasnya sebagai Mudirah bermula 3 Jan 2011, bersempena dengan permulaan sesi persekolahan 2011.

Ustazah Norimah mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang pendidikan Islam, samada pengajaran mahupun pentadbiran. 

Semasa di SMIH Ustazah Norimah memegang jawatan Timbalan Pengetua SMIH. Di samping itu beliau juga adalah guru pakar dalam subjek fizik.  

Sebelum berkhidmat di SMIH, Ustazah telah lama berkhidmat dengan Sekolah Islam Al Amin, Kuala Lumpur. 

Sementara itu, Maahad Tahfiz Al-Akhyar (MTA) telah ditubuhkan 10 tahun yang lepas atas inisiatif individu Ustaz Abu Ubaidah.  MTA mengendalikan persekolah dengan penekanan diberikan kepada program tahfiz Al Quran.

Pada awal tahun 2010, MTA telah menubuhkan satu Jawatankuasa Pengurusan Sekolah (JPS). Ia berperanan sebagai Lembaga Penasihat kepada  pengurusan MTA. JPS dipengerusikan oleh Dr. Mohd Zin Kandar, pensyarah di UTM dan aktivis Aqsa Syarif.

Pada 8 Disember 2010, satu MOU telah ditandatangani oleh Ustaz Abu Ubaidah dan JPS. Ini bertujuan menyerahkan pemilikan dan pengurusan MTA kepada JPS sepenuhnya. Dengan MOU ini, beberapa pengubahsuaian pentadbiran akan dilaksanakan di MTA. Ia diharap akan menghasilkan mutu pendidikan yang lebih terpandu. MOU ini juga membolehkan MTA menjadi gabungan rangkaian sekolah-sekolah Islam di bawah MUSLEH. Maklumat lanjut MTA boleh dicapai di link berikut http://tahfizalahyar.blogspot.com/

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda