UPSR 2019

0
131

Assalamualaikum wbt

Semoga calon upsr SRIH JB, ibu bapa & guru-guru sentiasa dalam rahmat Allah swt.

Perahu Telah Di Air, Dayung Telah Di Tangan…

Selamat berdayung menuju destinasi persinggahan kedua anak-anak yang dikasihi. Destinasi pertama SPPIM telah antum lalui..moga destinasi kedua UPSR ini dapat dicapai dengan jayanya.

Sepanjang mendayung ke destinasi..ingat selalu pesan ayah ibu & guru-guru. Bekal yang diberi manfaatkanlah sebaiknya. Walau kami tidak bersama, namun doa-doa kami sentiasa mengiringi. Dan yang pasti Allah swt sentiasa ada bersama anak-anak. Mintalah bantuan & petunjuk daripadaNya yg Maha Pengasih & Pemurah kepada hambanya yang memohon dengan penuh pengharapan.

Perjalanan hidup lumrahnya masih panjang untuk antum yang masih muda..teruskan pengembaraan menambah ilmu dengan sungguh-sungguh kerana dengan ilmu dunia & akhirat yg diamalkan..manusia akan hidup sejahtera.

Hadapi halangan & cabaran dengan sabar & tenang; gunakan senjata yang paling utama – doa, sabar, solat…Insha Allah anak-anak akan berjaya dikasihi Allah swt, disayangi manusia.

Setelah kita berusaha..kita bertawakal kepada Allah swt.. dan kita redha menerima ketentuanNya nanti. Kemudian kita berusaha dan terus berusaha menambah ilmu & keberkatan hidup di sisi Allah swt hingga ke hujung usia

Selamat Menempuh UPSR anak-anak SRIH JB yang ibu ayah & guru-guru kasihi💪🏽💪🏽💪🏽.

Rohaida Ridzwan
Gb Srih Jb
3 September 2019