Team Kawad KRS SMIH di SM Pei Chun Pontian

Pada 1 Mac 2019 yang lepas, Sek Men Islam Hidayah telah mendapat jemputan khas daripada Sekolah Menengah Pei Chun Pontian untuk membuat persembahan kawad kaki berirama sempena pertandingan kawad antara kelab-kelab persatuan sekolah tersebut.

Seramai 16 murid lelaki telah mempersembahkan kawad berirama dengan bersungguh-sungguh dan penuh bergaya. Alhamdulillah mereka mendapat sorakan dan pujian daripada guru-guru dan murid-murid sekolah tersebut.

Terima kasih diucapakan kepada pengetua Sekolah Menengah Pei Chun, Mr Ong Chang Boon di atas jemputan ini. Semoga lebih banyak lagi aktiviti-aktiviti pelajar dapat dilakukan diantara dua buah sekolah ini.

Terima kasih juga diucapakan kepada guru-guru pengiring Cik Hilsha Hashim, Cik Nurzahriah Mukibah dan En Imran Omar.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda