TAHNIAH MUHAMMAD ARIEFF HAIKAL DAN ISMAEL

Pada 11-17 Mac 2012 bertempat di Sekolah Kebangsaan Sungai Talam, Kuantan, telah diadakan Kejohanan Memanah MSSM peringkat Kebangsaan peringkat umur 12, 15 dan 18 tahun bagi kategori lelaki dan perempuan. Dalam kejohanan tersebut, 2 orang wakil daripada Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) telah terpilih untuk mewakili negeri Johor ke pertandingan tersebut yang disertai kira-kira 60 orang peserta bagi setiap kategori yang dipertandingkan dari seluruh Malaysia.

 

   

Setelah menjalani latihan pusat yang memenatkan selama 10 hari di SMK Tasek Utara Johor Bahru dari seawal pukul 6.30 pagi sehingga 6.00 petang, selain mengambil kertas Ujian Bulanan 1 di sebelah malam bermula 8.00 sehingga 11.30 malam di Asrama Pusat Putera SMK Tasek Utara, ternyata pengorbanan yang diberikan sangat berbaloi.

 

Setelah mengungguli saingan di Kejohanan Memanah MSSJ peringkat negeri Johor baru-baru ini, kedua-dua wakil SRIH ini ternyata tidak menghampakan apabila berjaya membawa pulang kilauan pingat di kejohanan paling berprestij itu. Berikut adalah kejayaan anak-anak SRIH dalam kejohanan tersebut:-

Muhammad Arieff Haikal bin Ezaidin

1) Tempat Ke-3 bagi jarak 40 meter Kategori Lelaki 12 Tahun

2) Tempat Ke-3 bagi Kategori Berpasukan FITA Lelaki 12 Tahun

3) Tempat Ke-4 bagi Kategori Individu Keseluruhan FITA Lelaki 12 Tahun

4) Suku Akhir bagi Kategori Individu Pusingan Olimpik Lelaki 12 Tahun

Ismael bin Rosbi

1) Tempat Ke-3 bagi Kategori Berpasukan FITA Lelaki 12 Tahun

3) Tempat Ke-10 bagi Kategori Individu Keseluruhan FITA Lelaki 12 Tahun

 

Semua kejayaan yang dicapai di atas adalah hasil berkat usaha anak-anak SRIH ini yang gigih menjalani latihan hampir setiap hari sejak penghujung tahun lepas. Semoga kejayaan ini memberi dorongan kepada Muhammad Arieff Haikal dan Ismael untuk terus cemerlang dalam akademik pula, apabila masing-masing akan menduduki peperiksaan SPPIM dan UPSR tidak lama lagi.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak sekolah khususnya Pengerusi Lembaga Prof. Md Nor Bakar, Pengetua SMIH Pn Fauziah Ab Salam (memberi pelepasan kepada Us Ezaidin sebagai jurulatih), Guru Besar SRIH Ustaz Jelani Ramly, Timbalan Guru Besar SRIH Ustazah Rohaida Ridzwan dan kesemua guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Tidak lupa kepada semua Hidayah Archers yang memberikan saingan kepada mereka berdua. Terima kasih. Jazakallahu Khairan Kathira.

 

 

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda