Surat kepada ibubapa

Rujukan kami : SRIH 20.2 / 11 / 08                                                                                          13  MEI 2011

 

Kepada,

Ibu bapa / Penjaga

Murid Sekolah Rendah Islam Hidayah

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

 

Tuan / Puan ,

 

MAJLIS PERTEMUAN IBU BAPA DAN MENTOR TAHUN 1 – 6

 

Semoga tuan / puan sentiasa sejahtera dan dirahmati Allah SWT Insya-Allah.

 

2. Merujuk kepada perkara di atas, majlis tersebut adalah seperti butiran yang tertera di bawah ini:

                Tarikh / hari                       : 21 Mei 2011 ( Sabtu )

                Masa                                    : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

                Tempat                                               : Kelas anak-anak tuan / puan

 

3. Bersama ini kami sertakan senarai nama mentor anak- anak tuan / puan untuk rujukan.

 

4. Objektif pertemuan ini adalah untuk menjalinkan hubungan dan kerjasama di antara pihak sekolah dan ibu bapa bagi mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar.

 

5. Besarlah harapan pihak sekolah sekiranya tuan / puan dapat meluangkan masa dan menghadirkan diri.

 

6. Bagi ibu bapa yang tidak dapat hadir pada masa yang ditetapkan, pihak sekolah tidak akan membenarkan pengambilan fail dan slip keputusan peperiksaan sebelum tarikh perjumpaan tersebut. Pengambilan hendaklah dibuat selepas tarikh itu dengan menghubungi guru mentor anak masing-masing.

 

Segala kerjasama tuan / puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

 

“BERSAMA MENJANA DANA HIDAYAH  RM 1.8 JUTA “

MALAYAN BANKING BERHAD ( NO AKAUN : 5513 0650 0918 )

BANK MUAMALAT (M) BERHAD ( NO AKAUN : 0120 0012 15710 )

 

 

Yang menjalankan amanah ,

 

 

…………………………………………….

( ROHAIDA BINTI RIDZWAN )

Timbalan Guru Besar.

b/p Guru Besar.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda