SRIH Johor Bahru Menerima Undangan dari SJK (C) Foon Yew 4

Guru Besar Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) Johor Bahru, Pn Hjh Rohaida Ridzwan bersama empat murid lelaki dan empat murid perempuan serta dua orang guru pengiring murid iaitu Ustaz Mohd Nor bin Omar dan Ustazah Maslina Pohan telah memenuhi undangan daripada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Foon Yew 4 untuk program “caring” & “friendly” sempena Perayaan Tahun Baru Cina pada 5 Februari 2017.

Semua murid SRIH telah diminta berpakaian tradisional melayu ke majlis tersebut sesuai dengan tujuan majlis untuk saling memahami budaya masyarakat yang berbilang bangsa dan agama. Melalui program ini diharapkan dapat membantu perpaduan kaum yang lebih kukuh di masa hadapan. Beberapa sekolah lain turut terlibat termasuk daripada SJKT.

Alhamdulillah murid-murid SRIH dapat serba sedikit mempelajari budaya masyarakat cina melalui aktiviti yang dijalankan seperti menulis kaligrafi cina, menggaul yeesang menggunakan chop sticks, merasa yeesang, menyaksikan tarian singa, tarian masyarakat cina dan sebagainya.

Pihak SRIH merasa bertuah dapat menerima jemputan ini untuk mendedahkan anak-anak SRIH dengan kehidupan berbilang bangsa.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda