SMIHJB: Pertukaran Pelajar SM Al-Islah Sungai Petani ke SMIHJB

Pada 29 September 2019, seramai empat orang pelajar tingkatan lima dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Al Islah Sungai Petani telah datang ke Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor bagi menyertai Program Pertukaran Pelajar. Rombongan ini turut disertai Pengetua SMA Al Islah, Mualimah Ainon Bt Ariffin.

Murid-murid dari SMA Al Islah telah berkampung di SMIH selama dua minggu dan sepanjang berada di sini mereka telah berpeluang mengikuti program “Gempur SPM’ yang dikhususkan untuk murid tingkatan lima SMIH JB.

Banyak ruang dan peluang telah berjaya digarap oleh murid-murid SMIH JB dan SMA Al Islah dalam program ini yang mana mereka saling berkongsi pengetahuan dan memberi tunjuk ajar, bertukar pandangan dan pengalaman serta saling berpesan-pesan dengan kebaikan.
Di akhir program pertukaran pelajar ini, satu majlis perpisahan khas telah diadakan untuk mereka pada 10 Oktober 2019.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Hj Amin Nur Rashid Bin Wagiman, CEO Pusat Pendidikan Al Islah bersama isteri beliau, mualimah Norfaizah Bt Abdullah.
Semoga kejayaan yang cemerlang di dalam SPM menjadi milik anak-anak SMIH JB dan SMA Al Islah.

SMI Hidayah tempat bertemu,
Sayangnya hanya sepekan;
Pulanglah tuan membawa ilmu,
Berkongsi dengan rakan taulan.

Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Di lain masa bersua lagi.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda