SMIHJB: Majlis Mohon Restu PT3 2019

Khamis |26 September 2019

Telah berlangsung majlis Mohon Restu PT3 2019 yang bertempat di musolla banin , Sekolah Menengah Islam Hidayah. Majlis dimulakan dengan solat hajat dan bacaan surah yassin yang diketuai oleh Ustaz Adam Luthfie Abdul Razak bersama-sama ahli batch Altair 23 dan guru-guru.

Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Penolong Kanan Akademik, Ustazah Muhaini Mahusin yang menyentuh serba sedikit berkaitan disiplin murid di dewan peperiksaan dan kehadiran semasa hari peperiksaan. Kemuncak majlis ialah ucapan Puan Pengetua, Ustazah Seri Juli Emas Wati Adnan yang telah menyampaikan amanat kepada semua ahli batch Altair 23.

Beliau memberikan kata-kata motivasi dan mendoakan agar kejayaan mengiringi semua calon-calon PT3. Majlis berakhir dengan sesi mohon restu bersama-sama guru-guru dan ahli batch. Selamat Maju Jaya kepada semua ALTAIR 23.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda