SMIHJB: Kempen Johor Bebas Asap Rokok (JBAR)

Ahad | 29 September 2019

Alhamdulilah. Pada hari Ahad (29 September 2019) selesai sudah program Kempen Johor Bebas Asap Rokok (JBAR). Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya sesi perkongsian, kuiz, pameran, JBAR peers dan kaunter pertanyaan. Program ini merupakan anjuran Ikram Health Johor dengan kerjasama Bahagian Kesihatan Awam Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

Sesi perkongsian 1 disampaikan oleh Dr Siti Kamariah Binti Othman yang bertajuk Rokok Vape : Jerebu Paru-paru. Beliau merupakan Pakar perunding paru-paru merangkap Pengerusi i-bantu ikram kawasan Kulai dan Pengerusi JBAR.

Manakala, perkongsian 2 disampaikan n oleh Cik Kayrul Hidayah Binti Mansor yang bertajuk Penguatkuasaan Larangan Merokok. Beliau merupakan Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan Bahagian Kesihatan Awam JPNJ.

In shaa Allah, dengan adanya program ini, meningkatkan lagi kesedaran kepada pelajar tentang bahaya rokok dan vape yang mana isu ini semakin menular dikalangan pelajar.

Terima kasih di ucapkan kepada semua pihak yang terlibat.

IKRAM Health Malaysia
Johor Bebas Asap Rokok
Pejabat Kesihatan Negeri Johor

#JBAR
#tidakrokok #tidakvape
#hidayahbebasasaprokok
#muslehkita

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda