SMIH Menang Majlis Tadarus Al-Quran

 SMIH menang Majlis Tadarus Al-Quran……

Pada 26 Mac 2011 yang lalu, bersamaan hari Sabtu, SMIH JB telah menghantar 5 orang peserta untuk menyertai pertandingan Majlis Tadarus Al-Quran peringkat sekolah menengah Zon Skudai bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Nusa Jaya. Majlis ini telah dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam Johor Bahru dan Sekolah Menengah Kebangsaan Nusa Jaya . Seramai 5 orang peserta SMIH JB telah menyertai pertandingan hafazan kategori lelaki dan perempuan, tilawah Al-Quran kategori lelaki dan syarahan kategori lelaki dan perempuan.

Alhamdulillah, peserta hafazan kategori perempuan iaitu Nurul Qarirah binti Md Kahar telah berjaya menjadi johan, manakala peserta hafazan kategori lelaki, Wan Abdul Rahman bin Wan Ibrisam Fikri menduduki tempat kedua sebagai Naib Johan. Manakala peserta tilawah Al-Quran kategori lelaki, Muhammad Najib bin Yusof telah menduduki tempat ketiga. Sementara itu, peserta syarahan kategori lelaki dan perempuan , iaitu Muhammad Irsyad bin Zaini dan Siti Nur Nageehah binti Ahmad Sahrel tidak berjaya meraih sebarang tempat. Walaubagaimanapun, tahniah diucapkan kepada mereka berdua di atas kesungguhan yang telah ditunjukkan sepanjang persiapan dan pertandingan ini.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru SMK Nusa Jaya Encik Mohamad bin Ismail.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda