SMIH: Johan Bola Jaring KESUNAS 2019

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!
SMIH JB JOHAN NETBALL KESUNAS 2019!!

Group Match:
SMIH JB vs SMI Azhar Jitra: 18-1
SMIH JB vs SMI Hidayah Ipoh: 6-2
SMIH JB vs SMI Aman KB: 17-1

Suku Akhir:
SMIH JB vs SMI Islah Sg Petani: 11-2

Semi-Finals:
SMIH JB vs SMI Al Amin Gombak: 7-2

Final:
SMIH JB vs SMI Al Amin Bangi: 9-3

Alhamdulillah pasukan Bola Jaring SMIH berjaya mempertahankan kejuaraan selama 4 tahun berturut-turut semenjak sukan-sukan antara sekolah Musleh diperkenalkan.

Tahun ini, para jurulatih tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap pasukan bola jaring kerana pesertanya kali ni majoritinya merupakan pelapis-pelapis yang baru. Namun berkat latihan yang konsisten selama 3 minggu, mereka berjaya juga mengharungi segala rintangan dan cabaran dengan tenang dan bijak.

Semenjak awal pertandingan lagi, pasukan-pasukan lawan memberi saingan dan tentangan yang hebat dari segi mental dan fizikal. Tempoh perlawanan keseluruhan yang panjang dan meleret-leret hingga saat perlawanan akhir juga melelahkan dan menyebabkan peserta penat dan kekurangan tenaga untuk menghadapi perlawanan kalah mati seterusnya peringkat akhir. Bayangkan, perlawanan pertama bermula seawal jam 2.30pm dan perlawanan akhir bermula jam 12.00 malam! Betul-betul sangat mencabar mental dan fizikal mereka.

Pun begitu, berkat sokongan padu yang membara daripada penyokong-penyokong, alumni, guru-guru dan juga ibu peserta, pasukan bola jaring SMIH tekad bangkit untuk menggapai kemenangan. Dan yang lebih istimewa sekali, buat julung-julung kalinya Pengetua SMIH, Puan Seri Juli Emas Wati gigih hadir sepanjang perlawanan untuk menyaksikan serta memberi sokongan padu kepada pasukan bola jaring SMIH. Terima kasih Puan Pengetua!

Semenjak dari awal, kualiti permainan mereka sangat membanggakan sekolah. Inilah pasukan yang pertama kalinya menggandingkan pemain-pemain tingkatan 4 dan tingkatan 2 sahaja yang majoritinya pertama kali terlibat KESUNAS 2019. Corak permainan yang kemas, mengikut strategi yang telah dibincangkan bersama jurulatih serta disiplin yang tinggi dalam kalangan ahli pasukan menyebabkan mereka memperoleh kemenangan demi kemenangan dalam setiap perlawanan. Rutin mereka bermaaf-maafan sesama ahli pasukan serta berdoa sebelum setiap perlawanan juga antara salah satu sebab mereka boleh memperoleh kemenangan bergaya.

Akhir kata, tahniah kepada pasukan Bola Jaring SMIH!
Sekalung terima kasih dan tahniah juga kepada semua jurulatih-jurulatih, Ustazah Hanim, Kak Ruqayyah Nuruliman Ainullotfi (batch 9), Kak Nik Rabiatul Adawiyah (Batch 19), Kak Sakinah Yusri (Batch 19) yang komited mempersiapkan pasukan Bola Jaring SMIH untuk menghadapi Kesunas 2019. Tidak lupa juga kepada semua alumni-alumni SMIH serta rakan-rakan kontijen yang turun padang memberi sokongan hingga ke detik terakhir kemenangan. Kalian semua terbaik!

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda