SMIH JB Johan Video Paling Tular dalam Pertandingan Energy Efficiency Challenge (EEC 2018) Anjuran Suruhanjaya Tenaga Malaysia

Pelajar-pelajar SMIH JB telah menyertai pertandingan Energy Efficiency Challenge (EEC) 2018 bermula 1 April hingga 31 September 2018.

Alhamdullillah, SMIH JB telah memenangi :
1. JOHAN VIDEO PALING TULAR dengan hadiah sebanyak RM4000.
2. Tempat ke 3 Video Pembentangn Paling Kreatif RM1500.
3. RM 1000 utk penyertaan sekolah.

Majlis penyampaian hadiah telah diadakan di PULLMAN PUTRAJAYA LAKESIDE pada hari Rabu 5 Disember 2018 yg disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga & Teknologi Hijau) Kementerian Tenaga,Sains,Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Pn NorAfifah Abd Kadir, mewakili YB Pn Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga Sains Teknologi Alam sekitar dan Perubahan Iklim.

Pelajar-pelajar ini telah mendapat nasihat, sokongan dan bimbingan oleh

  1. Prof Madya Dr Md.Zin bin Kandar
  2. Pn.Hajjah Fauziah Ab Salam
  3. Pn. Seri Juli Emas Wati Adnan
  4. Pn. Siti Suhailah Tasmon
  5. Pn. Asilah Abu Bakar
  6. Pn. Siti Nor Aida Rosalan
  7. Muhammad Umar Akmal Bin Zairul Hisham (Alumni SMIH).

Semoga dengan kejayaan program ini memberi impak yang baik di kalangan warga hidayah untuk terus meningkatkan lagi Kempen Kecekapan Tenaga di masa akan datang.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda