SMIH: Debat KDU British Parliamentary (KIDs BP)

Kelab De’PiKir dari Sekolah Menengah Islam Hidayah menghantar dua pasukan debat untuk Pertandingan Debat Antara Sekolah KDU British Parliamentary (KIDs BP) dari hari Jumaat 5 Julai 2019 hingga Ahad 7 Julai 2019. Pasukan Hidayah A diwakili oleh Dzhariif Ilham bin Mohd Hilmi Syukran dan Danish Zuhair bin Zulkarnain manakala pasukan Hidayah B diwakili oleh Muhammad Mus’ab Umaiyr bin Suryani dan Syamil Rahman bin Muhammad Lukman. Ustaz Imran bin Omar menjadi guru pengiring bagi kedua-dua pasukan.

Seramai 90 pendebat dari pelbagai jenis sekolah telah menyertai pertandingan ini. Kedua-dua pasukan mengharungi Pusingan Awal dengan penuh cabaran. Kedudukan bagi Best Speaker adalah seperti berikut:

Kedudukan

  1. Danish Zuhair bin Zulkarnain
  2. Dzhariif Ilham bin Mohd Hilmi Syukran
  3. Muhammad Mus’ab Umaiyr bin Suryani
  4. Syamil Rahman bin Muhammad Lukman

Banyak pengalaman yang dipelajari pasukan debat ini yang boleh dibawa ke pertandingan yang seterusnya. Moga pengalaman yang dituntut membolehkan mereka lebih maju untuk pertandingan yang lain.

Merekalah harapan kami untuk menempa nama Hidayah di mata dunia perdebatan dalam pertandingan-pertandingan yang lain. Semoga usaha-usaha pasukan-pasukan ini diganjari dengan redha Allah dan syurgaNya

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda