SMIH dalam Majalah e@siswa Edisi Nov 2009

 Buat kali ke-3, Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru terpapar dalam ruangan majalah e@siswa. Jika bulan Oktober yang lalu,

 SMIH (Ustazah Norimah Abd Karim) telah mengisi ruangan Guru Idola, pada kali ini SMIH dipaparkan pula dalam ruangan Khas majalah tersebut.

 Antara kandungan ruangan tersebut adalah berkenaan Asal Penubuhan, Bidang Pengkhususan, Kejayaan & Anugerah, Keunikan Program, Bingkisan Kata Peneraju dan Pandangan Pelajar mengenai SMIH. Berikut adalah sebahagian tulisan artikel tersebut:

“Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) merupakan institusi pendidikan swasta yang berteraskan Islam di daerah Johor Bahru. Kegemilangan institusi ini semakin menyerlah rentetan daripada kejayaan pasukan debat sekolah yang buat julung-julung kalinya berjaya meraih johan dalam pertandingan Debat Antara Sekolah Malaysia tahun ini. Kejayaan ini sekali gus mengangkat nama sekolah serta mengubah persepsi masyarakat terhadap kemampuan sekolah swasta beraliran agama dalam menjana kecemerlangan menjana pelajarnya. Ternyata, SMIH mampu membina karakter dan watak tersendiri dalam arena pendidikan.”

Anda boleh dapatkan naskhah masing-masing di pasaran untuk pembacaan lebih lanjut. Semoga SMIH sentiasa diberkati Allah SWT dan terus dianugerahkan rahmat dan kemenangan.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda