Selamat Berjaya Calon UPSR 2017 SRIH Johor Bahru


Assalamualaikum wbt.

Semoga semua calon UPSR, ibu bapa calon dan guru-guru SRIH JB dalam peliharaan dan rahmat Allah swt.

Masanya kini tiba…UPSR 2017 bermula Isnin 11/9/17. Selamat menduduki UPSR anak-anak calon UPSR SRIH yang dikasihi. Semoga semuanya sentiasa dalam keadaan sihat, tenang dan berkeyakinan. Teruskan usaha dan kekal fokus mengulangkaji dalam masa-masa terakhir ini dan berdoalah dengan penuh kesungguhan dan ketundukan kepada Allah SWT.

Semoga segala usaha dan pengorbanan kalian dalam menuntut ilmu diberkati Allah SWT dan diberikan kefahaman yang benar, daya ingatan yang baik dan dapat menjawab semua soalan UPSR dengan tepat dan betul. Seterusnya jangan kita lupa…Setelah kita berusaha..kita bertawakal kepada-Nya.

Untuk ibu bapa dan guru-guru… usaha dan sokongan kita kepada anak-anak selama ini amat besar ertinya pada mereka. Di saat mereka sedang berdebar menanti hari peperiksaan ini… peranan kita menitipkan keyakinan dan ketenangan di hati mereka amat penting. Ayuh kita santuni mereka dengan hati dan juga dengan doa. Doadoa kita sebagai ibu bapa dan guru pasti dapat membantu mereka dalam pelbagai sudut. Insya Allah.

Selamat berjaya anak-anak yang dikasihi, selamat berjaya ibu bapa yang dihormati, selamat berjaya guru guru yang dihargai. Moga semua berjaya di sisi Illahi. Aamiin.

Akhir kata…”Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan solat” : Al-Baqarah: 45

Salam kejayaan dunia dan akhirat.

Hjh Rohaida Ridzwan
Guru Besar SRIH JB
9/9/2017

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda