Rumah Kuning Juara Keseluruhan Sukan SMIH 2018


Pada 24 Februari 2018, telah diadakan Temasya Sukan SMIH kali ke-23 di Stadium Tan Sri Azman Hashim, UTM Skudai.

Rumah Kuning (Ja’far At-Tayyari) telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan bagi kali kelima sejak Sukan SMIH yang pertama pada tahun 1996.

Berikut adalah kedudukan akhir setiap rumah sukan pada kali ini:
1. Kuning
2. Merah
3. Hijau
4. Biru

Dan buat julung-julung kalinya, Sukan SMIH Ke-23 tahun ini mengadakan acara jemputan dengan menjemput rakan dari SM Pei Chun High School dan SMA Waddin Johor Bahru untuk menyertai acara larian 4×100 m terbuka lelaki.

Keputusan seperti berikut:
Johan
SM Pei Chun High

Naib Johan
SMA Waddin

Ketiga
SMI Hidayah JB


Mudah-mudahan dengan penyertaan ini dapat menjalin silaturahim antara sekolah jemputan dengan SMI Hidayah JB. Insya Allah.


Setinggi penghargaan kepada Tuan Pengerusi LPH, Tuan Hj Hassan bin Hushin, Ketua Eksekutif Ustaz Hj Mohd Jelani Ramly dan semua ahli Lembaga Pengelola Hidayah yang telah berkesempatan turun padang memberi sokongan semasa sukan SMIH kali ke 23 pada 24 Februari 2018. Semoga segala pengorbanan akan dibalas dengan sebaik-baik ganjaran.
Terima kasih semua.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda