Program MABIT dan Daurah Tingkatan 2 SMIH JB

Pada 11-12 April yang lepas telah berlangsung Program Mabit dan Daurah Katibah bagi pelajar Tingkatan 2.

Alhamdulillah kehadiran sangat memberangsangkan iaitu 93%.
Tema program mabit pada kali ini ialah Rahmah manakala tema Daurah Katibah pula ialah Izzah kepada Islam.

Semua pelajar yang hadir telah memberi komitmen yang sangat baik dalam melancarkan semua aktiviti dan pengisian yang telah disediakan.
Kehadiran Pengetua sewaktu majlis penutup telah menyuntik semangat yang tinggi kepada para pelajar demi meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah diri.

Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dan memberi impak yang positif kepada semua pelajar.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda