Program “CYESS PROGRAM” OSH In School Siri 2

OSH in school HIRARC

Hazard Indentification, Risk Assessment & Risk Control (HIRARC)

( Kenalpasti Bahaya, Penilaian Risiko dan Penentuan Kawalan )

OSH in school HIRARC

Program “ CYESS PROGRAM ” OSH IN SCHOOL Siri 2 ini telah dikendalikan oleh Tuan Mohd Zaki bin Tumijan. HRDF trainer bertauliah dan berpengalaman luas , pemegang Master of Science in Environmental, Health & Safety  and Certified Safety & Health Officer daripada NIOSH, Certified Lead Auditor for OHSAS 18001:2007, EMS 14001:2004, QMS 9001:2008.

 

Program ini terbahagi kepada 3 sesi. Sesi pertama memberi pendedahan kepada peserta kursus “Mengenalpasti HAZARD” dengan memahami keadaan persekitaran tempat kerja. Kaedah mengenalpasti HAZARD dengan cara senarai semak, pemeriksaan dan audit, analisa keselamatan kerja, rundingcara dengan staf, penilaian , khidmat nasihat dan sebagainya. Pendedahan “Proses Penilaian Risiko” dengan membuat pemeriksaan kawasan, laporan penilaian HAZARD dan menentukan tahap risiko dengan merujuk jadual “Penilaian Risiko Kualitatif” yang dilampirkan.

 

Sesi kedua berkaitan dengan cara mengisi borang HIRARC sepertimana yang telah dibekalkan kepada ketua-ketua kawasan yang dilantik. Berdasarkan borang tersebut Tuan Mohd Zaki telah menunjukkan cara membuatnya secara praktikal langkah demi langkah dengan merujuk Jadual Kadar Kebarangkalian, Jadual Tahap Keterukan dan Jadual Risiko yang disediakan. Sehinggalah kepada langkah-langkah kawalan risiko itu diambil. Setelah sesi taklimat selesei semua peserta kursus dikehendaki memeriksa ke kawasan yang telah ditetapkan mengikut kumpulan kawasan masing-masing dalam tempoh masa sekitar 20 minit.

 

Sesi ketiga ialah perbentangan hasil kerja kumpulan masing-masing dalam menjejak HIRARC di kawasan yang telah ditetapkan iaitu sebanyak 19 kawasan yang terbentuk. Oleh kerana, kekangan masa yang ada hanya 3 kumpulan sahaja dipilih untuk perbentangan dan komentar daripada Tuan Zaki. Kumpualan pertama yang dipilih ialah di Kawasan Bangunan Iman ( Makmal Sains )  daripada K 11 yang diketua oleh Ustaz Halimi bin Ali Yahad. Perbentangan ke-2 daripada K02 diketuai oleh Ustaz Zainuddin bin Ma’ali  dari Kawasan Amanah 1 Aras 2 ( Bilik Guru ). Manakala, perbentangan ke-3 daripada K15 ( Padang HIDAYAH ) yang diketuai oleh Ustazah Noor Azlieza Zam Zam binti Razali. Perbentangan setiap kumpulan mendapat komentar daripada Tuan Zaki untuk pemilihan istilah yang paling tepat dalam pentaksiran HIRARC. Lanjutan daripada program ini kumpulan telegram telah diwujudkan yang terdiri daripada Guru Besar, Penolong Kanan HEM, Ketua Unit Keselamatan Ketua Biro Keselamatan PIBG dan 19 orang ketua-ketua kawasan yang telah dilantik bagi memudahkan urusan HIRARC ini.

 

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda