Perubahan Tarikh Hari Jalinan Mesra Tingkatan 1, 2 & 4 Sesi 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa kami akan mengadakan Hari Jalinan Mesra sesi 2013. Butir-butir lanjut berhubung majlis tersebut adalah seperti berikut :

Tarikh : 15 November 2013 (Jumaat)
Masa : 8.30 pg ~ 12.30 tgh
Tempat : Dewan Qadisiyyah dan Kelas

 

Kami sangat berharap agar tuan/puan dapat meluangkan masa untuk menjayakan majlis tersebut. Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan dapat meningkatkan lagi kerjasama di antara kedua-dua belah pihak demi keberkesanan pendidikan anak-anak kita. Bagi ibu bapa yang masih mempunyai tunggakan yuran, besarlah harapan kami agar tuan/puan dapat menjelaskannya di Pejabat Am sekolah. Bagi ibu bapa yang tidak dapat hadir pada masa yang dijadualkan, boleh berjumpa dengan guru-guru berkenaan pada masa-masa lain dengan membuat temujanji terlebih dahulu.

Segala sokongan dan kerjasama tuan/puan amat kami hargai dan kami dahului dengan “Jazakumullahu Khairan Khatira”. Sekian, wassalam.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda