Pertandingan Koir Lagu-Lagu Patriotik Johor Bahru

 

Alhamdulillah … segala puji hanya layak bagi ALLAH, Semua penat lelah pelajar kita akhirnya mendapat ganjaran daripada ALLAH SWT.

Pada 13-15 Julai 2011 telah berlangsung pertandingan koir lagu-lagu patrioritik anjuran Perpustakaan Sultan Ismail dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bharu yang diadakan di Plaza Angsana.

Sekolah hanya menerima panggilan daripada PPD pada hari Jumaat 8 Julai  untuk menyertai pertandingan ini kerana kurang sambutan daripada sekolah-sekolah  daerah JB.

Pemilihan nama-nama peserta pasukan koir dipilih pada hari Isnin 11 Julai dan memulakan latihan yang pertama pada sebelah malam. Bermula jam 9.00 malam dan berakhir jam 12 tengah malam. Begitula juga dengan hari selasa dan hari rabu  latihan ditamatkan pada  jam   12 tengah malam.

Pada hari Khamis , yang mana hari pertandingan , pasukan koir bergerak ke Angsana pada jam 12.30 tengah hari. Pada hari tersebut sebanyak 5 buah sekolah yang berentap untuk mara ke peringkat akhir yang diadakan pada hari esoknya,Jumaat.

 

Alhamdulillah walaupun mendapat persaingan yang sengit daripada sekolah-sekolah yang lain, kita Berjaya mara ke peringkat akhir.

Pada peringkat akhir sebanyak 8 buah sekolah yang bertanding . Akhirnya dengan segala usaha yang telah dilakukan, dengan hanya berlatih selama 4 malam, dengan hanya menghantar pasukan koir yang baru sahaja ditubuhkan, dengan komitmen dan kesungguhan pasukan koir ,dengan berbekalkan doa dan tawakkal…ALHAMDULILLAH, walaupun  mendapat saguhati secara keseluruhan  namun SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH  TELAH DINOBATKAN SEBAGAI PERSEMBAHAN TERBAIK SECARA KESELURUHAN. Sekolah membawa pulang satu piala, sijil dan wang tunai RM 400(200-saguhati, 200-persembahan terbaik) .Bergemalah pentas utama Plaza Angsana dengan TAKBIR.

Tempat pertama dimenangi oleh Sekolah Convent, Tempat Kedua  Sekolah Perempuan Sultan Ibrahim dan Tempat ketiga Sekolah Sultan Ismail.

Sila |klik sini | untuk melihat persembahan hebat mereka.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda