Permohonan dan Sesi Temuduga ke Tingkatan 4 Sesi 2014

Untuk makluman, kenaikan ke Tingkatan 4 tidak berlaku secara automatik. Dengan itu, para pelajar perlu membuat permohonan pelajar baru. Permohonan boleh dibuat secara online di sini. Tarikh tutup permohonan adalah sebelum 20 Disember 2013.

Berikut merupakan tarikh dan waktu temuduga ke Tingkatan 4 bagi sesi 2014 bagi pelajar SMIH:

Tarikh: 20 Disember 2013 (Jumaat)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: SMIH
Pakaian: Uniform lengkap sekolah

Bagi pelajar SMIH yang gagal subjek Bahasa Arab dalam PMR, tarikh dan waktu temuduga adalah pada:

Tarikh: 26 Disember 2013 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: SMIH
Pakaian: Uniform lengkap sekolah

Bagi pelajar luar yang membuat permohonan, tarikh dan waktu temuduga adalah pada:

Tarikh: 30 Disember 2013 (Isnin)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: SMIH
Pakaian: Uniform lengkap sekolah

Syarat permohonan pelajar luar ke Tingkatan 4 SMIH:

1) Mendapat sekurang-kurangnya 6A dalam PMR.
2) Subjek Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Islam WAJIB mendapat A dalam PMR.
3) Mendapat sekurang-kurangnya B untuk subjek Bahasa Inggeris.
4) Lulus semua subjek dalam PMR, terutamanya subjek Bahasa Arab.
 

 

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda