SRIH Dalam Perlawanan Persahabatan 4 Penjuru

Perlawanan persahabatan bolasepak 4 penjuru telah diadakan di Sek Keb Bukit Mutiara pada 03/03/2011.

Antara sekolah-sekolah yang terlibat adalah Sek. Keb. Bukit Mutiara, Sek. Ren. Islam Hidayah, Sek. Keb. BBU2 dan Sek. Keb. Impian Emas.  Dalam perlawanan pertama SRIH telah berjaya menewaskan Sek. Keb. BBU2 1:0. Tetapi, dalam perlawanan kedua ketika menentang Sek. Keb. Impian Emas setelah berlangsung selama 5 minit, hujan turun dengan lebatnya beserta kilat, lalu permainan terpaksa diberhentikan atas sebeb keselamatan pelajar.

Pemain bolasepak SRIH telah mendapat pengalaman yang cukup berharga dalam persediaan menghadapi perlawanan sebenar peringkat MSSD Zon Majidi yang akan diadakan pada 24~25/03/2011 di padang Sek. Keb.Tampoi 2.  Semoga pasukan SRIH beroleh kemenangan dalam perlawanan tersebut.

 

Pasukan Bolasepak SRIH berbaju Merah 

 Antara Guru SRIH yang mewakili Zon Majidi dalam Sukan MSKPP Sepak Takraw ialah Us Mohd Nor Omar dan Us Nasharudin Mohd Said

 

 

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda