Penyertaan Pelajar SMIH JB di International Eco Nature Run 2018


Sekolah Menengah Islam Hidayah telah menghantar seramai 17 orang pelajar untuk menyertai pertandingan International Eco Nature Run pada 15 September 2018 baru-baru ini. Pertandingan ini adalah kali kedua yang dianjurkan oleh pihak Musleh bersama-sama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Terdapat 3 kategori yang dianjurkan oleh penganjur iaitu:

  1. 7 tahun dan ke atas (Rendah dan Menengah)
  2. 18 hingga 25 tahun (sasaran pelajar Kolej dan Universiti)
  3. 18 tahun ke atas (terbuka)

Pertandingan ini telah berlangsung di Taman Rimba Alam, Putrajaya. Seorang daripada pelajar SMIH telah menduduki tempat ke-6 terbaik bagi kategori Sekolah Menengah iaitu Abdul Rahman bin Sah.

Guru yang bersama-sama mengiringi pelajar ialah ustaz Azri bin Ali dan Ustaz Norfahmee Kasyaf bin Hasan Husaini.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda