Pembelian Buku serta Barangan Keperluan Sekolah Sesi 2019


Sukacita dimaklumkan bahawa pihak koperasi SMIH akan mengadakan hari jualan buku seperti butir-butir berikut:

Tarikh: Khamis, 27 Disember 2018
Masa: 8.30 pagi – 4.00 petang
Tempat: Foyer SMIH
Guru Koperasi: Pn. Zanaria Selamat (019-7672962), Pn. Suharti Selamat (017-7746852)

Ibu bapa boleh mendapatkan senarai harga buku kerja dan kelengkapan sekolah di sini: Senarai Harga Buku dan Keperluan Sekolah 2019

Pelajar Tingkatan 1 dan pelajar baru DIWAJIBKAN menjadi ahli koperasi sekolah. Yuran masuk sebanyak RM2.00 dan model syer RM10.00 hendaklah dibayar semasa hari jualan buku. Pelajar juga dikehendaki membeli buku disiplin semasa hari tersebut.

Ibu bapa juga perlu menempah tanda nama beserta bayaran sebanyak RM15.00 di kaunter sewaktu jualan buku atau waktu sebelumnya.

Pihak sekolah juga ingin mewajibkan ibu bapa supaya memastikan item berikut disediakan bagi setiap pelajar untuk sesi persekolahan 2019:

i. Seluar sukan berwarna hitam (KRS)
ii. Seluar sukan berjalur oren (PJK)

Ibu bapa digalakkan membayar dengan cek atas nama “KOPERASI SMIH JB BHD”. Walaubagaimanapun, pembayaran secara tunai juga diterima.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda