Pemantauan Progres Pusat Kecemerlangan Matematik & Sains IKRAM MUSLEH

94

Pada 17 Oktober 2018, Sekolah Islam Hidayah telah dilawati oleh 3 orang pemantau dari Bahagian Kurikulum & Pentaksiran Pendidikan IKRAM Musleh Bhd.

Lawatan ini bertujuan untuk melihat perkembangan penubuhan Pusat Kecemerlangan Matematik & Sains di Sekolah Islam Hidayah dan mengenal pasti bantuan yang diperlukan.

Sekolah Islam Hidayah (SMIH & SRIH) telah dilantik sebagai Pusat Kecemerlangan Matematik & Sains mulai Julai 2018.

Semoga dengan tertubuhnya Pusat Kecemerlangan ini dapat membantu meningkatkan prestasi sekolah-sekolah rangkaian IKRAM Musleh dalam bidang Matematik & Sains.

KONGSI