Pelancaran Program Bulan Kebangsaan SMIH 2019

Pada 29 Julai 2019, Sekolah Men Islam Hidayah telah mengadakan Pelancaran Program Hari Kebangsaan yang ke 62. Program ini adalah sebagai pembuka tirai Bulan Kebangsaan pada tahun 2019 yang bertemakan “Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih”.

Pelancaran yang diadakan di Dataran Perhimpunan SMIH ini dirasmikan oleh Tuan Haji Ahmad Jelani Bin Ramli,Ketua Ekskutif Pusat Pendidikan Hidayah dan melibatkan semua guru dan pelajar sekolah.

Program yang bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotik dalam setiap diri individu dan
memupuk serta meningkatkan tahap kreativiti pelajar akan menawarkan pelbagai pertandingan yang boleh disertai oleh para pelajar antaranya Kelas Patriotik, Fotografi Merdeka, Melukis komik dan lain-lain.

   

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda