Panduan Pakaian Murid SRIH 2018

716

Berikut adalah panduan pakaian murid SRIH bagi sesi 2018:

PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH – 2018

LELAKI
a. Kopiah keluaran sekolah
b. Baju kemeja putih lengan pendek, berlencana pada poket dan bertanda nama di bahagian sebelah atas poket
c. Seluar biru gelap
d. Stoking hitam panjang melepasi buku lali (berjalur/bercorak tidak dibenarkan)
e. Kasut kanvas hitam penuh (kasut pvc/kulit/bercorak/bergaris warna tidak dibenarkan)
f. Sekiranya memakai tshirt di dalam baju, tshirt tersebut mestilah berwarna putih (T-shirt berwarna lain tidak dibenarkan)
g. Sekiranya memakai tali pinggang, hanya warna hitam atau biru gelap atau tali pinggang hijau KRS yang dibenarkan. Kepala tali pinggang hendaklah tidak berfesyen yang keterlaluan dan bersaiz sama dengan saiz tali pinggang.

PEREMPUAN
a. Tudung putih ( bagi tahun 4-6, bahagian sisi tudung mestilah melepasi siku/labuh). Berlencana dan bertanda nama di tudung serta tidak memakai purdah
b. Anak tudung putih atau hitam dan tidak berenda
c. Baju kurung putih berpesak
d. Kain biru gelap bersusun tepi
e. Stoking panjang hitam penuh elepasi buku lali (berjalur/bercorak tidak dibenarkan)
f. Kasut kanvas hitam penuh (kasut pvc/kulit/bercorak/bergaris warna tidak dibenarkan)

PAKAIAN SAF KEPIMPINAN MUDA SEKOLAH
a. Kopiah keluaran sekolah / Tudung labuh hijau muda serta anak tudung putih @ hitam
b. Baju kemeja lengan panjang hijau muda / Baju kurung berpesak hijau muda. Bagi lelaki, sekiranya memakai tshirt di dalam baju, tshirt tersebut mestilah berwarna putih (T-shirt berwarna lain tidak dibenarkan)
c. Seluar biru gelap / Kain susun tepi biru gelap
d. Stoking hitam panjang melepasi buku lali (berjalur/bercorak tidak dibenarkan)
e. Kasut kanvas hitam penuh (kasut pvc/kulit/bercorak/bergaris warna tidak dibenarkan)

PAKAIAN PENGAWAS SEKOLAH
a. Kopiah keluaran sekolah / Tudung labuh biru muda serta anak tudung putih @ hitam
b. Baju kemeja lengan panjang biru muda / Baju kurung berpesak biru muda. Bagi lelaki, sekiranya memakai tshirt di dalam baju, tshirt tersebut mestilah berwarna putih (T-shirt berwarna lain tidak dibenarkan)
c. Seluar biru gelap / Kain susun tepi biru gelap
d. Kasut kanvas hitam penuh (kasut pvc/kulit/bercorak/bergaris warna tidak dibenarkan)
e. Stoking hitam panjang melepasi buku lali (berjalur/bercorak tidak dibenarkan)
f. Kasut kanvas hitam penuh (kasut pvc/kulit/bercorak/bergaris warna tidak dibenarkan)

PAKAIAN PUSTAKAWAN SEKOLAH
a. Kopiah keluaran sekolah / Tudung labuh ungu muda serta anak tudung putih @ hitam
b. Baju kemeja lengan panjang ungu muda / Baju kurung berpesak ungu muda. Bagi lelaki, sekiranya memakai tshirt di dalam baju, tshirt tersebut mestilah berwarna putih (T-shirt berwarna lain tidak dibenarkan)
c. Seluar biru gelap / Kain susun tepi biru gelap
d. Stoking hitam panjang melepasi buku lali (berjalur/bercorak tidak dibenarkan)
e. Kasut kanvas hitam penuh (kasut pvc/kulit/bercorak/bergaris warna tidak dibenarkan)

ANGGOTA BERPANGKAT TKRS (KOPERAL/LANS KOPERAL/SARJAN) – Hari Selasa/Sabtu bagi aktiviti Formal TKRS
a. Baret KRS / Tudung hijau KRS serta anak tudung hitam
b. Baju kemeja hijau muda KRS (Baju nombor 3 dalam KRS) serta aksesorinya mengikut pangkat
c. Seluar biru gelap
d. Stoking hitam panjang melepasi buku lali (berjalur/bercorak tidak dibenarkan)
e. Kasut kanvas hitam penuh (kasut pvc/kulit/bercorak/bergaris warna tidak dibenarkan)
f. Sekiranya memakai tshirt di dalam baju, tshirt tersebut mestilah berwarna hijau atau hitam
g. Tali pinggang KRS

PAKAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM & PJK

Tahun 1,2 & 3 (Tahap 1)

Aktiviti Pakaian Catatan
PJK Baju Sukan + Seluar Tracksuit Hitam + Stoking + Kasut  

Tracksuit Hitam penuh atau Biru gelap penuh dan

tidak mempunyai garisan atau berbelang dan berwarna

Sukan Tahunan Baju Sukan + Seluar Tracksuit Hitam + Stoking + Kasut

Tahun 4,5 & 6 (Tahap 2)

Sukan Permainan & Kelab Persatuan Baju Koku JDT + Seluar Tracksuit Hitam +  Stoking + Kasut
Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh ( TKRSM ) Uniform TKRSM + Barret + Stoking + Kasut

LAIN-LAIN
a. Semua murid dibenarkan memakai pakaian PJ daripada awal pagi hingga pulang sekolah sekiranya jadual kelasnya mempunyai PJ pada hari tersebut.
b. Semua pakaian seragam murid (kecuali pakaian KRS) mestilah dilengkapkan dengan lencana sekolah dan tanda nama.
c. Tanda nama adalah berlatarbelakang putih dan bertulisan hitam.
d. T-Shirt di bahagian dalam baju murid lelaki semasa memakai uniform sekolah, uniform Saf Kepiminan Muda & uniform Pustakawan mestilah berwarna putih tanpa corak.

KONGSI