Pameran SMIH di Seminar Keibubapaan bersempena Sambutan 30 Tahun Penubuhan Iman


Pada 10 Februari 2018, Pusat Pendidikan Hidayah (PPH) telah berkolaborasi dengan Iman ELC mengadakan Seminar Keibubapaan bersempena Sambutan 30 tahun penubuhan Iman.

Oleh itu, pihak Sekolah Menengah Islam Hidayah telah mengadakan pameran bagi tujuan memperkenalkan aktiviti-aktiviti sekolah dan mempamerkan anugerah-anugerah serta kejayaan-kejayaan pelajar-pelajar sepanjang tahun 2017.

Suasana majlis disambut meriah dan positif di kalangan tetamu yang hadir. Semoga aktiviti pameran seperti ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda