Pakaian Seragam KRS

0
1253

Buat pengetahuan ibu bapa, di Sekolah IKRAM Musleh pasukan beruniform yang ditawarkan hanyalah Kadet Remaja Sekolah IKRAM Musleh.

Dalam KRS kami menekankan nilai-nilai seperti:

  1. Ibadah yang betul – menjaga dalam apa jua keadaan, qiyam, dsb.
  2. Akhlak yang mantap – berinteraksi dengan guru, kawan dan masyarakat sambil menjaga adab dan tatasusila. Memahami tanggungjawab terhadap tanah air dan negara.
  3. Mampu berdikari – memasak, mengurus diri.
  4. Melawan hawa nafsu – mengawal kehendak diri yang tidak selari, bangun awal pagi, berdisiplin.
  5. Bermanfaat pada orang lain – memberi khidmat kepada masyarakat, saling tolong bantu, saling tunjuk ajar dan belajar, berkepimpinan dan berpasukan.

Di antara cara kami terapkan nilai-nilai berpasukan ialah dengan pemakaian pakaian seragam.

Pakaian Seragam

Untuk pemakaian KRS boleh lihat contoh di sini.

Seragam KRS yang pelajar perlu ada termasuk:

  1. Pakaian seragam penuh No 4.
  2. Pakaian seragam separuh.
  3. Pakaian latihan.

Mereka akan pakai ketika:

  1. Perhimpunan KRS (beberapa kali setahun ikut takwim).
  2. Mukhayyam Tingkatan (setiap tingkatan ada).
  3. Latihan-latihan KRS (No 4 untuk kawad) di sekolah.
  4. Program-program kenaikan pangkat di sekolah (LK dan K) dan di pusat (S, SS dan PWII).

Jadi memang pelajar WAJIB pakai.

Seragam Nombor 4

No 4 Syabab

Untuk SYABAB/BANIN/LELAKI mesti ada:

  1. Beret dan lencana beret
  2. Baju no 4 dan seluar no 4.
  3. Collar dot.
  4. Apulet pangkat (bagi yang berpangkat).
  5. Lanyard berwarna merah tidak bersulam (yang bersulam hanya untuk pegawai).
  6. Tanda nama hitam tulisan putih (nama sendiri, bukan samaran).
  7. Lencana poket.
  8. Tali pinggang warna hijau dengan kepala berlencana KRS.
  9. Stokin hitam.
  10. Kasut hitam.
  11. Boot (tidak wajib beli kecuali pasukan elit kawad sekolah).
No 4 Fatayat. Bulu merah di beret dan sarung tangan hanya untuk kawad.

Khas untuk FATAYAT/BANAT/PEREMPUAN:

  1. Tudung hijau (dengan lubang bahu untuk pangkat sekiranya berpangkat).
  2. Baju nombor 4 KRS Musleh (panjang).

Seragam Separuh

  1. Beret dan lencana beret.
  2. Baju-T KRS berwqarna hijau.
  3. Tali pinggang warna hijau dengan kepala berlencana KRS.
  4. Stokin hitam.
  5. Kasut hitam (sesuai untuk aktiviti).
  6. Boot (tidak wajib beli kecuali pasukan elit kawad sekolah).

Pakaian Latihan

Pakaian latihan Syabab.
  1. Beret dan lencana beret.
  2. Baju-T KRS berwarna hijau.
  3. Seluar track hitam.
  4. Stokin hitam.
  5. Kasut hitam (sesuai untuk aktiviti).
Pakaian latihan Fatayat.

Tempat Dijual

Pakaian ni boleh dapatkan di kedai-kedai uniform. Beberapa tempat cadangan:

  1. Koperasi SMIH
  2. @mart di Kempas
  3. Yee Fat di Taman Universiti
  4. Outpost di Kipmart, Tampoi
  5. Atau mana-mana tempat yang jual seragam untuk unit beruniform.

Tuan-tuan dan puan-puan boleh minta kepada orang kedai “pakaian No 4 KRS dengan aksesori”.

SHARE
Previous articleTakwim SMIH 2019
Next articlePerkhidmatan Bas Sekolah
Seorang guru Qur'an (Tilawah, Tajwid dan Hafazan), yang mempunyai minat yang tinggi terhadap teknologi dan aplikasinya untuk memudahkan kerja dan kehidupan. Sekiranya anda berminat untuk tahu lebih lanjut, sila layari website beliau.