Pakaian Murid SRIH 2013

 

Berikut adalah panduan pakaian seragam murid SRIH:

Lelaki

  1. Baju putih sekolah berlengan pendek (lengan panjang tidak dibenarkan)
  2. Seluar sekolah biru tua
  3. Kasut hitam penuh jenis kain kanvas (garisan dan corak berwarna tidak dibenarkan PVC dan kulit tidak dibenarkan)
  4. Stoking hitam penuh (berbelang tidak dibenarkan)
  5. Jika memakai t-shirt di bahagian dalam baju- mestilah berwarna putih penuh (bercorak & berwarna tidak dibenarkan kecuali t-shirt sukan sekolah)

 

Perempuan

  1. Baju kurung putih berpesak
  2. Kain biru tua
  3. Kasut hitam penuh jenis kain kanvas (garisan dan corak berwarna tidak dibenarkan PVC dan kulit tidak dibenarkan)
  4. Stoking hitam penuh (berbelang tidak dibenarkan)
  5. Tudung putih penuh tidak berenda, tidak jarang.
  6. Anak tudung (serkop kepala) putih/hitam. Bagi tahun 4-6, tudung mestilah labuh mencecah pinggang pada bahagian depan & belakang manakala bahagian sisi mestilah minimum mencecah ke siku.

Pakaian TKRS (Tahun 4-6)

  1. T shirt TKRS yang dijual di SIH Niaga (yang dijual diluar tidak sama seperti yang ditetapkan oleh TKRS Musleh)
  2. Track suit hitam penuh
  3. Barret
  4. Kasut kanvas hitam penuh
  5. Stoking hitam penuh
  6. Tudung hijau tua dengan labuh depan dan belakang serta mencecah siku di bahagian sisi.
  7. Anak tudung hitam

Pakaian Pendidkan Jasmani

  1. T-shirt sukan SRIH (lama / baru) atau T-Shirt putih penuh (berwarna/bercorak tidak dibenarkan.
  2. Seluar sukan hitam / biru gelap penuh

Moga panduan ini dapat membantu pihak tuan/puan dalam menyediakan keperluan sekolah anak-anak.

ROHAIDA RIDZWAN
Guru Besar SRIH

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda