Majlis Pelancaran Kempen Penjimatan Tenaga dan Energy Efficiency Challenge 2018


Majlis Pelancaran Jimat Tenaga dan Energy Efficiency Challenge 2018 anjuran Suruhanjaya Tenaga telah dirasmikan oleh Tn Hj Hatta bin Hussin, Pendaftar Kewangan Pusat Pendidikan Hidayah pada hari Selasa 5 Februari 2018.

Program Ceramah bertajuk “Penjimatan Tenaga” telah disampaikan oleh Prof Madya Dr. Zin bin Mohd. Kandar, Pensyarah Fakulti Alam Bina UTM.

Kempen Penjimatan Tenaga adalah program yang mendukung konsep penjimatan tenaga kepada semua warga sekolah. Program ini berlangsung selama 8 bulan bermula 5 Februari hingga 30 september 2018 yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah mengenai pentingnya penjimatan tenaga.

Melalui kempen ini juga semua warga sekolah dapat bersama-sama dengan pentadbiran sekolah mengurangkan kos utility dan seterusnya menjimatkan tenaga.

Objektif:
1. Mewujudkan budaya penjimatan di kalangan warga sekolah dengan menyokong serta menguatkan dasar penjimatan tenaga ( elektrik dan air) serta pemuliharaan alam sekitar yang lain secara berkesan oleh semua warga sekolah.
2. Menjadi sebuah sekolah yang mengamalkan sistem pengurusan tenaga yang lestari dengan melaksanakan langkah yang tepat bagi mengurangkan penggunaan tenaga melalui budaya berhemah, penyelenggaraan secara berkesan serta penggunaan peralatan yang cekap tenaga.

Program anjuran bersama :
PUSAT PENDIDIKAN HIDAYAH
SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH

Dengan Kerjasama :
SURUHANJAYA TENAGA

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda