Majlis Ihtifal kali ke 23 Sek.Ren.Islam Hidayah berjalan dengan lancar

alt

Alhamdulillah Ihtifal Kali yang ke 23 Sekolah Rendah Islam Hidayah telah berlangsung dengan jayanya di dewan T.N.B kempas pada 10/11/2012.Majlis bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.45 tengah hari dan telah dirasmikan oleh Prof.Dr.Md Nor Bakar Pengerusi Lembaga Pengelola Hidayah yang mengantikan Prof.Dr.Hj.Noor Azlan Ahmad Zanzali yang tidak dapat hadir atas sebab yang tidak dapat dielakan.

 

Tahniah kepada  Ariff Fikri bin Hamidi anak kepada pasangan Hamidi bin Abdul Khalid dan Azlina bt Siron telah terpilih Anugerah Murid Mitahli Aulad dan Nur Aisyah bt Masjudin anak kepada pasangan Masjudin bin Tumin dan Noraini bt Kassim telah terpilih Anugerah Murid Mithali Banat.

Tahniah juga kepada penerima Anugerah khas kecermerlangan kokurikulum Muhammad Arieff Haikal bin Ezaidin dan Ismael bin Rosbi yang cemerlang dalam acara sukan memanah di peringkat kebangsaan.

Sekalung perhargaan juga kepada Penasihat Ihtifal Ustazah Rohaida Ridzwan,Pengarah Ihtifal Ustazah Sanati Abdul Kadir dan Ahli jawata kuasa yang berkerja keras menjayakan majlis ini dan juga kepada penderma-penderma dan ibubapa yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Gambar-gambar sepanjang Ihtifal (KliK di Galeri Gambar 2012 dan klik di Ihtifal srih 2012)

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda