Lakaran pertama membayangkan seorang kanak-kanak yang dalam keriangan. Tadahan kedua tangan yang berwarna biru menunjukkan kesediaan kanak-kanak untuk menerima didikan. Bulatan berwarna putih melambangkan pemikiran yang suci. Lakaran buku dengan keadaan terbuka pula ialah Al-Quran. Bulatan berserta anak bulan melambangkan kesyumulan Islam

Lakaran kedua membayangkan seorang yang sedang duduk dengan kedua belah tangan berwarna merah di atas meja. Ia menggambarkan seorang seorang yang bersemangat tinggi untuk menuntut ilmu dan mengamalkannya. Lakaran juga membayangkan seorang dewasa (tanganmerah) mendakap kanak-kanak (warna biru). Ia menggambarkan guru dengan semangat yang tinggi bersedia mendidik murid-murid dengan penuh kasih sayang dan matang

Warna hijau melambangkan keperibadian Islam yang unggul.

Keseluruhan logo menggambarkan kanak-kanak yang bersih, mudah dilentur dan berpotensi untuk dikembangkan. Mereka dididik oleh guru-guru dengan penuh kasih sayang berteraskan syariat Islam

 Ilmu yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah akan dicurahkan kepada mereka untuk membentuk keperibadian Muslim yang sebenar

Logo Sekolah Rendah Islam Hidayah ini juga mengandungi huruf-huruf rumi dan jawi yang merupakan huruf asas dalam mengeja perkataanHIDAYAH

 

logosr3 logosr4

logosr5

 

 

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda