Lawatan MPP SMIH ke MTQSIR


Pada 25 April 2018, Majlis Perwakilan Pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah (MPP SMIH) telah mengadakan Lawatan Muhibbah ke Madrasah Tahfiz Al-Quran Sidi Ibrahim Ar-Rashid (MTQSIR) yang terletak di Kampung Sinaran Baru. Lawatan ini bertujuan membina ikatan silaturrahim dan ikatan ukhuwwah islamiyah antara MPP SMIH dan Jemaah Pimpinan Pelajar MTQSIR. Di samping itu, lawatan ini juga bertujuan untuk membincangkan bentuk-bentuk kerjasama yang boleh dilakukan antara kedua-dua belah pihak pada masa akan datang.

Semoga dengan lawatan ini memungkinkan pelbagai kerjasama yang lebih baik dalam usaha Sekolah Menengah Islam Hidayah memberi sumbangan kepada masyarakat setempat.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda